CARA MENGULANG HAFAZAN AL-QURAN

Di bawah ada 3 CARA MENGULANG HAFAZAN AL-QURAN.

 

Syeikh Abu Bakar al-Syatiri (الشيخ أبو بكر الشاطري) memberitahu cara mengulang al-Quran,

 

“Aku membahagikan kepada 3 bahagian:

 

● PERTAMA

 

Ayat-ayat yang aku ingat, lancar, aku membacanya tanpa melihat mashaf kecuali pada ayat aku kurang pasti betul atau tidak.

 

● KEDUA

 

Ayat-ayat yang aku ingat-ingat lupa, jadi aku membacanya dengan melihat mashaf sentiasa sampailah betul-betul lancar.

 

● KETIGA

 

Ayat-ayat yang aku lupa terus maka terpaksalah aku hafal balik.

 

Aku mewajibkan diriku mengulang al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk atau lebih dan tidak kurang.

 

Dalam satu hari aku kena duduk mengadap al-Quran mengulang-ulang ayat yang aku ingat-ingat lupa tadi sampai lancar betul.

 

Selepas itu barulah aku mengulang ayat yang aku paling lancar pula.

 

Kemudian barulah aku hafaz kembali ayat yang telah aku lupai.

 

Begitulah amalan seharianku sehingga Allah memuliakanku dengan mentasbitkan al-Quran ke dalam hatiku dalam masa 4 bulan sahaja.

 

Dan yang paling penting apabila al-Quran tersemat di dalam

dada kita yakni orang Islam ia menjadi satu asbab kita

menghampirkan diri pada Allah dan menjauhi segala larangannya.

 

Dan al-Quran itu cahaya sedangkan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam ahli maksiat. ”

 

Sekadar perkongsian buat semua teman yang cintakan al-Quran.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.