Cinta & Ikhtilat dalam Berorganisasi 

Cinta Dan Ikhtilat Dalam Berorganisasi 

Kalam yang akan dipaparkan ini tidak menyentuh hukum hakam mengenai cinta & ikhtilat yang selayaknya disentuh oleh Ladar sendiri. Jadi apakah isu cinta dan ikhtilat dalam berorganisasi ?

 

Serta bukan juga ingin menyentuh cara gerak kerja yang lebih efektif kerana Kefda merupakan antara medium yang terbaik dalam memahami permasalahan ini

 

Akan tetapi, kalam ini sekadar ingin menyentuh hati dan perasaan secara halus buat pelajar-pelajar yang mengalami cabaran cinta dan ikhtilat dalam berorganisasi

 

=====
IKHTILAT
=====

 

Pernah tak kita rasa gerak kerja program yang kita buat selama ni tak memberi kesan banyak kepada para peserta?

 

Atau pernah rasa tak yang kerja dakwah kita banyak yang menentang?

 

“Alahai, biasa la tu. Kerja dakwah bukan semua orang suka”

“Itulah warna-warni dakwah. Ada yang menentang dan ada juga yang menerima”

 

 

Kadang-kala kita perlu sedar dan mengakui yang kemenangan dan kemudahan dalam dakwah mahupun program-program yang berunsur dakwah itu

 

 

Semuanya mendapat pertolongan daripada Allah yang sebenarnya tidak sedikitpun bercampur-baur dengan noda dan dosa

 

 

Dalam berorganisasi, ada juga kadang kala kita bergurau senda dengan ajnabi tanpa batasan sehingga gelak terbahak-bahak

“Eh, jangan jumud sangat. Kita kan dah macam satu keluarga. Gurau sama-sama dan semuanya buat sama-sama. Kalau begitu tak de la namanya ukhwah”

 

Sahabat-sahabat,

 

Ikhtilat bukan sebarang permainan. Nampak simple tapi jika kita tak pelihara sebaiknya

 

 

Maka itulah yang menyebabkan kerja-kerja dakwah kita terbantut dan banyak yang menentang lagi

 

 

Kita khuatir, penentangan atas kerja dakwah yang berlaku bukan kerana ujian Tuhan yang hendak meningkatkan darjat kita

 

 

Tetapi bala’ yang hendak menghina serta menghukum kita

 

 

Dek kerana kita membawa satu cabang noda dan dosa ke dalam kerja dakwah iaitu ikhtilat yang tidak diperlihara dengan baik

 

 

Berlajar dan didiklah diri untuk tidak bermudah-mudah bermuamalah dengan ajnabi

 

 

Mahalkan dirimu baik perempuan mahupun lelaki

 

 

Jika benar berhajat untuk bermuamalah dengan ajnabi, maka hiasi dengan sifat malu. Itulah perisai yang utuh lagi terpuji

 

 

Jika terdapat jalan yang lebih selamat untuk tidak bermuamalah terus kepada ajnabi meskipun harus hukumnya untuk berhubung terus dengan si dia

 

 

Maka pilihlah jalan yang menolak untuk melakukan perkara harus demi menjaganya agar tidak jatuh ke dalam lembah haram

 

 

Itulah wara’ dan ia lebih dekat kepada taqwa apabila kita tidak melakukan perkara yang harus kerana khuatir akan jadi haram

 

 

Barulah gerak kerja dakwah serta berorganisasi akan mendatangkan ketenangan dan kekuatan tatkala dibadai dengan seribu satu ujian

 

 

Soal ukhwah pasti akan lebih terpateri dan kukuh kerana ikatan ukhwah yang dibina benar-benar atas tali Allah tanpa dipalit dengan noda dan dosa

 

 

Jika selama ini, ikhtilat kita tak terjaga meskipun kita rapat sesama ajnabi dan rasakan seolah-olah kita bagai satu keluarga

 

 

Namun ketenangan serta jalan keluar bagi masalah-masalah yang dihadapi akan sentiasa sukar untuk hadir

 

 

Kerana ikatan ukhwah itu dibina bukan atas jalan yang diredhaiNya

 

 

Tidaklah ikhtilat itu ditegah melainkan antara tujuannya untuk kita menjaga hati agar tidak bertukar-tukar mencintai ajnabi dan tersasar dari cinta Illahi

 

 

Bayangkan jika hati kita meminati seseorang itu lalu kita tidak menjaga ikhtilat dalam muamalah dengan ajnabi yang lain

 

 

Sudah pasti kita boleh meminati orang lain pula. Hati kita sentiasa berubah-ubah untuk mencintai orang lain

 

 

Secara tidak langsung, perkara begini sudah mengalihkan hati daripada mengejar cinta hakiki

 

 

Itu kerana kadang-kala hati kita tidak tenang, solat tidak khusyuk dan banyak lagi yang bermain dengan masalah hati

 

 

Kerana dalam hati tiada Illahi

 

Sahabat-sahabat,

 

Didiklah diri dan hati agar kita mula memelihara maruah dan harga diri

 

 

Demi sebagai bayaran kepada syurga firdausi nanti yang sangat mahal dan tiada tandingi

 

 

Tinta untuk bab Cinta dalam organisasi akan dikongsikan pada waktu yang seterusnya

In sya Allah sama-sama kita tunggu dan kongsikan kepada sahabat-sahabat lain

 

Wallahua’alam

 

Membina Legasi Berpandukan Wahyu ✊🏼

Membentuk Sahsiah, Merealisasikan Biah Solehah 💕

 

Akhukum fillah,
Muhamad Hannan bin Mohd Haniff,
Exco Lajnah Tadbir dan Perhubungan Luar Perkemat 16/17

#TadbirPerkemat
#Perkemat16/17

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.