Memohon Sumbangan bagi Program Kem Huffaz Bitara 2018

Per: Memohon Sumbangan bagi Program Kem Huffaz Bitara 2018

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Didoakan moga tuan/puan dalam keadaan sihat wal ‘afiat serta dinaungi dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa.

Di kesempatan ini, kami dari pihak PERKEMAT DQ akan mengadakan satu program yang bernama Kem Huffaz Bitara 1.0 bertujuan untuk membimbing bakal-bakal huffaz yang baru sahaja mendaftarkan diri dalam program Diploma Tahfiz Al Quran dalam dunia Hifz Al Quran serta melatih kemahiran Insaniah dalam kalangan mereka selari dengan kehendak Al Quran dan Al Sunnah.

Butiran program adalah seperti berikut

Tarikh: 11 hingga 13 Mei 2018
Tempat: Kompleks Darul Quran JAKIM dan PLKN Kerling

Oleh yang demikian, kami dengan rendah dirinya ingin memohon sedikit sumbangan berupa wang ringgit daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan program tersebut.

Segala sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut:

PER KEBAJIKAN MA’AHAD TAHFIZ (PERKEMAT)
💳1000481000007854
AgroPerdana-i
(AGROBANK 2)

Segala pertanyaan dan maklumat yang berkaitan dengan program boleh rujuk daripada Bendahari kami:

Muhammad Ikram Shah bin Zulkarnain
www.wasap.my/601114212890

Nurul Abidah binti Shukor www.wasap.my/60145401125

Segala jasa dan budi baik tuan diucapkan terima kasih. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki yang lias asbab daripada sumbangan pihak tuan/puan kepada kami bagi menjayakan hasrat negara ke arah melahirkan Generasi Al Quran yang bitara dan berjaya Insyaallah.

جزاكم الله خيرا كثيرا

Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ)
Sesi 2017/2018
No. Pendaftaran ROS: PPM-004-01-04091985

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.