NAKBAH | JERITAN PENDERITAAN PALESTIN 15 MEI 1948

NAKBAH | JERITAN PENDERITAAN PALESTIN 15 MEI 1948

 

” Tragedi yang berlaku di Palestin bukan sekadar bersifat tempatan, ia merupakan tragedi kepada dunia kerana ia merupakan ketidakadilan yang menjadi ancaman kepada kedamaian seluruh dunia”

 

Arnold Toynbee -Sejarawan British-

 

Bagi rakyat Palestin, tahun 1948 merupakan tahun “nakbah” ataupun “malapetaka” apabila ratusan ribu rakyat Palestin dipaksa meninggalkan rumah dan kampung yang menjadi kediaman mereka. Nakbah turut merujuk kepada pembersihan etnik Palestin dan hampir menghancurkan seluruh masyarakat Palestin pada tahun 1948.

 

Tetapi, bagi Israel tahun 1948 menjadi sorakan kegembiraan dan nyanyian kemenangan buat mereka apabila berjaya membina sebuah negara sendiri. Wujudnya negara yang dikenali sebagai

“Israel” hari ini bertapak dengan penuh kekerasan dengan pembunuhan dan pengusiran rakyat Palestin.

 

Bau hanyir darah-darah rakyat Palestin masih segar, tangisan anak kecil juga masih kedengaran, kelantangan suara rakyat Palestin mempertahankan bumi Palestin juga masih jelas walaupun pada dasarnya ianya telah berlalu selama 70 tahun. Namun, tarikh 15 Mei merupakan hari untuk umat Islam memperingati perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

 

Antara tahun 1947 dan 1949, sekurang-kurangnya 750,000 orang Palestin dari 1.9 juta penduduk telah menjadi pelarian dan ketika ini tentera zionis telah mengambil 78% tanah bersejarah Palestin, memusnahkan 530 buah kampung membunuh kira-kira 15,000 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 pembunuhan beramai-ramai.

 

Tindakan tentera zionis Israel ini berterusan sehingga ke hari ini dengan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan kewujudan rakyat Palestin.

 

Nakbah bermula apabila munculnya zionisme sebagai ideologi politik di Eropah Timur pada akhir abda ke-19. Dasar kepercayaan kepada ideologi ini ialah, Yahudi merupakan negara atau bangsa yang berhak untuk memiliki negara sendiri.

 

Bermula tahun 1882 dan seterusnya, ribuan yahudi dari Timur Eropah dan Rusia mula mendiami Palestin disebabkan oleh tekanan anti-semitik dan pogrom yang mereka hadapi di Empayar Rusia dan kewujudan zionisme.

 

Pada tahun1896, Theodor Herzl telah mengeluarkan satu risalah yang memaparkan ideologi asas kepada politik zionis iaitu “Der Judenstaat” ataupun “Negara Yahudi”. Herzl telah membuat kesimpulan bahawa penawar kepada sentimen anti-semitik yang berabad lama dan serangan di Eropah ialah dengan membina sebuah negara Yahudi.

 

Walaupun para perintis memberi cadangan untuk meletakkan negara Yahudi di beberapa buah negara seperti Uganda dan Argentina namun akhirnya keputusan dibuat dengan memilih Negara Palestin sebagai tempat untuk mewujudkan negara Yahudi dengan menjadikan Bible sebagai rujukan melalui konsep Tanah Palestin merupakan tanah suci yang telah dijanjikan untuk orang yahudi oleh Tuhan.

 

Setelah berakhirya empayar Uthmaniyah (1517-1914) British telah menjajah Palestin melalui sebahagian dripada perjanjian Rahsia Sykes-Picot antara British dan Perancis pada tahun 1916 untuk memisahkan timur tengah bagi kepentingan imperialis.

 

Pada tahun 1917, sebelum British mengeluarkan mandatnya (1920-1947) British telah mengeluarkan Deklarasi Balfour yang menjanjikan bahawa orang Yahudi akan memiliki negara di Palestine, pada dasarnya bersumpah untuk memberikan negara yang bukan milik mereka menjadi negara mereka.

 

Situasi yang berlaku di Palestin ketika ini, yahudi zionis terus berusaha membina sebuah negara di Palestin yang sepenuhnya akan dimiliki oleh orang yahudi. Bagi mencapai hasrat dan impian mereka pembersihan etnik di Palestin terus berjalan dengan cara mereka memusnahkan rumah-rumah rakyat Palestin, membunuh, menculik dan melancarkan siri serangan besar-besaran seperti yang berlaku pada tahun 2008,2012 dan 2014.

 

Mereka turut membina tembok tinggi,mengepung dari udara, laut dan daratan serta menghalang kehidupan harian rakyat Palestin umpama mereka bukan penduduk asal negara tersebut.

 

Umat Islam pada hari ini seharusnya tidak melupakan tarikh keramat 15 Mei setiap tahun. Peristiwa Nakbah sepatutnya menjadi kekuatan dan pendorong umat Islam merampas kembali bumi Palestin.

 

Nilai akidah dan persaudaraan umat islam diuji dengan terjajahnya bumi Palestin. Apakah kita akan terus meringankan bebanan di atas bahu sedangkan pembebasan bumi Palestin ini merupakan tanggunjawab yang besar bagi seluruh umat Islam dan tidak ada bahu yang terlepas daripada menggalasnya.

 

Tidak akan selesainya perjuangan umat Islam selagi bumi Palestin tidak bebas dari cengkaman yahudi zionis. Tiba masanya kita peduli kepada isu ummah sejagat, tiba masanya kita mengorak langkah mara ke hadapan dalam memperjuangkan isu Palestin.

 

Rasa berdosalah untuk tidur lena di saat saudara kita berjuang mempertahankan agama Allah. Apa yang telah kita lakukan?

 

Aman Palestin

 

#JomMenyumbang50

#Nakbah70

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.