SUMBANGAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ

Klik sahaja jumlah duit yang anda ingin jadikan sebagai sumbangan. Ianya sangat MUDAH DAN CEPAT. Anda tidak perlu COPY PASTE no akaun. Hanya perlu KLIK-KLIK sahaja. Semudah ABC.

Anda Tidak Tahu Bagaimana Ingin Menyumbang ?

Klik PLAY Video Di Bawah

Play Video

Kenapa Sistem Sumbangan Ini Diwujudkan?

Setiap semester, banyak program- program yang akan dilakukan oleh Pelajar DQ yang sangat bermanfaat. Walaubagaimanapun, program yang dianjurkan biasanya menggunakan banyak duit dan biasanya yang paling akan pening kepala adalah unit sponsor.

Unit sponsor biasanya akan sibuk print kertas, tunggu Kertas Kerja Dasar untuk diluluskan untuk dihantarkan kepada syarikat-syarikat dengan tujuan ingin dapatkan peruntukan.

Masalah ini bukan sahaja berada dalam DQ, tetapi berlaku kepada banyak kampus-kampus di luar.

Selepas sponsor, duit masih limited dan banyak kos kos penting untuk memberi keselesaan perlu dipotong.

Dan yang paling rugi adalah pelajar terus menerus mengharapkan pergantungan dari luar seperti syarikat – syarikat yang berada di luar sana.

Jadi, jika program tersebut berbentuk tahunan, setiap kali ada program tersebut, setiap kali itulah unit sponsor akan sakit kepala.

Malah pelajar tiada ilmu untuk nak cari sponsor.

Mereka menggunakan tenaga dan masa yang banyak tapi mendapat hasil yang sedikit.

APA AKAN BERLAKU JIKA TIADA SISTEM SUMBANGAN INI ?

  • Ganggu muqararr pelajar itu sendiri.
  • Pelajar stress dan emosi selalu tak stabil dengan masalah syarikat yang perlu dihubungi, perlu di follow up dan sebagainya.
  • Pelajar penat dan exhausted.

APAKAH PENYELESAIAN PERKEMAT TERHADAP MASALAH INI ?

Oleh itu, saya mencadangkan untuk membina sistem sumbangan yang berterusan dan secara online sahaja. Ini kerana bank in secara online adalah lebih mudah untuk diuruskan berbanding melakukan kutipan secara langsung yakni menggunakan tabung.

Sistem sumbangan ini akan menjadi lebih flexible dan penyumbang boleh dari sesiapa sahaja. Penyumbang bebas untuk menyumbang seberapa banyak yang ingin di sumbangkan

Walaubagaimanapun, saya secara peribadi mengandaikan jika seseorang ingin menderma setiap hari RM1, jadi, jika dibuka bank sumbangan, anda boleh menderma terus RM30 untuk sebulan.

TENTANG PELAJAR DARUL QURAN

Jumlah Pelajar Darul Quran

Tahun 2017

Jumlah Perbelanjaan

Januari Sehingga April 2017

telah mencecah

RM

BAGAIMANA SAYA INGIN TAHU SEGALA UPDATE TENTANG KEWANGAN PERKEMAT ?

1. Anda boleh dapatkan laporan kewangan PERKEMAT di link ini

-> https://perkemat.com/senarai-laporan-kewangan-2017/

 

SIAPAKAH YANG MENGURUSKAN DUIT SUMBANGAN INI?

Unit Sumbangan Bendahari PERKEMAT (USB). Akan ada wakil setiap batch untuk Unit Sumbangan ini.

Skop kerja USB ini lebih memberatkan kepada

1. Memberi peringatan dan kefahaman kepada orang ramai untuk menyumbang.

2. Melakukan survey, check and balance untuk segala duit yang masuk keluar.

SAYA INGIN MENYUMBANG, TETAPI TIADA ONLINE BANKING ?

Tidak menjadi satu masalah. Anda boleh dapatkan nombor akaun Perkemat di link ini 

-> Perkemat.com/akaun-perkemat

PERINGATAN!

Bank hanya dibuka dari 25hb SEHINGGA 10hb SETIAP BULAN. 

Sumbangan ini TIDAK AKAN dibuka sepanjang hari. 

Kenapa sistem ini mempunyai waktu buka tutup?

1. Sebab nak uruskan satu persatu. Setiap kali tutup sahaja, Unit Sumbangan Bendahari Perkemat akan cuba ‘flush’ duit semuanya ATAU simpan untuk khusus membeli sesuatu.

Duit penyumbang bukanlah untuk disimpan semata mata seperti yang dilakukan kebanyakan masjid yang ada di Malaysia ini.

Duit yang disimpan tidak akan kekal, tetapi duit yang digunakan dan bermanfaat itulah yang akan kekal di akhirat kelak.

2. Ada deadline orang akan cepat untuk menyumbang. Penyumbang akan lebih bersemangat untuk memberi sumbangan.

Penyumbang akan merasa sangat rugi jika tiada sahamnya untuk kegunaan bulanan.

Contohnya, bulan ini mempunyai target menggunakan duit sumbangan untuk kegunaan ceramah untuk seluruh pelajar DQ.

Program tersebut memakan jumlah kos sebanyak RM10,000.

Jadi, jika ada penyumbang yang TIDAK SEMPAT untuk memberi sumbangan, pelajar tersebut akan berasa rugi kerana duitnya tiada diberikan untuk manfaat pelajar DQ untuk program tersebut.

Ke mana duit tersebut disalurkan ?

1. Program untuk pelajar DQ.

2. Barang wakaf untuk keperluan pelajar.

3. Kebajikan pelajar ( untuk ke klinik, memberi pinjaman dan sebagainya )

4. Membuat bisnes untuk kembangkan duit yang sedia ada.

JIKA SISTEM SUMBANGAN IN KEKAL, APAKAH YANG AKAN JADI KEPADA PELAJAR 10 TAHUN DARI SEKARANG ?

1. Sudah tiada unit sponsor

2. Sudah ada bangunan sendiri menggunakan sistem ini.

Pelajar pasti akan lebih menyayangi bangunan tersebut atas sebab bangunan yang dibina adalah usaha inisiatif pelajar sendiri.

3. Pelajar dan orang dari luar Darul Quran boleh makan percuma setiap hari.

4. Atas inisiatif pelajar sendiri, akan tiba satu hari nanti pelajar boleh belajar dengan PERCUMA.

Segala bayaran yuran pentadbiran dan yuran perkemat sudah dihazafkan kepada pelajar.

In sha allah. Jom bersama – sama untuk capai impian ini.

 

SEKIAN SAHAJA

Jangan lupa untuk KLIK BUTANG SHARE WARNA BIRU di bawah.

Bukan duit yang kami perlukan semata mata, tetapi dari sudut idea ini dapat digunakan seluruh kampus yang ada di Malaysia ini.

Perkemat bukan lah KAYA MEMBELI, tetapi KAYA MEMBERI. 

In Sha Allah..

 

Yang Ikhlas,

YDP PERKEMAT 16/17

Muhammad Afiq Ikhwan Bin Nor Apandi

YDP PERKEMAT 16/17

Jika ada sebarang masalah boleh wasap ke nombor ini 

-> wasap.my/60142631665

p/s :

  1. Sistem ini adalah inisiatif pelajar sendiri untuk mencari dana. Bukan paksaan dari mana-mana pihak.
  2. Sistem ini masih lagi permulaan dan perlukan bank online.
  3. Berikut adalah Nombor ROS Perkemat -> PPM-004-14-04091985