Surat Kelulusan Pemasangan Lampu Solar Di Semak Semula

Surat Kelulusan Pemasangan Lampu Solar Di Semak Semula

Gambar menunjukkan surat kelulusan Pemasangan Lampu Solar Di Semak Semula.

 

Pihak Perkemat sangat bersungguh sungguh untuk membantu pelajar tahfiz Darul Quran di Kuala Kubu Bharu.

 

In sha allah, ini adalah projek wakaf kedua terbesar selepas kipas gergasi pusat islam.

 

Jika diizinkan Allah Taala, selepas pemasangan lampu solar ini, akan ada lebih banyak lagi peralatan atau barang wakaf yang bermanfaat untuk pelajar.

 

Contohnya seperti penutup longkang, speaker masjid ( masalah bila penceramah beri ceramah, jemaah di dalam tidak dapat dengar dengan baik ) dan banyak lagi yang akan menyusul.

 

Doakan supaya usaha ini diberkati dan tidak lupa juga doa kepada pewakaf – pewakaf agar sumbangan mereka diterima dan diredhai oleh Allah Taala.

 

Semoga dimurahkan rezeki kepada mereka yang sanggup mengeluarkan harta dan jiwa mereka ke jalan Allah Taala.

 

Sesungguhnya membantu manusia ini tidak terhad kepada pelajar tahfiz sahaja.

 

Bantu lah kepada sesiapa yang kita rasa lebih susah.

 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.