Survey Tempat Dq

UPDATE : Supplier Lampu Solar Melawat Darul Quran

Alhamdulillah, hari ini, bermula dari maghrib sehingga isyak, Ustaz Kamarul, ( Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar ), Afiq Ikhwan, ( YDP Perkemat ) bersama Tuan Sham ( Supplier Lampu Solar ) dan rakannya Tuan Fendi ( Civil Engineer ) telah melawat seluruh Darul Quran untuk melihat tapak yang bakal diletakkan lampu solar.

 

Usaha ini akan tetap akan diteruskan walaupon pelbagai halangan dan kekangan yang ada seperti peruntukan lampu solar dan juga kelulusan untuk meletakkan lampu solar di DQ.

 

Perkara ini perlu dibuat dengan berhati – hati agar supaya tiada pihak yang mempunyai masalah apabila dipasang lampu solar tersebut. Ini adalah kerana DQ adalah di bawah seliaan JAKIM. Jadi tanah DQ adalah tanah milik kerajaan.

 

Jadi perlu ada surat dan urusan rasmi yang perlu dijalankan bagi menjayakan projek lampu solar ini. Setelah meneliti di seluruh DQ ada kemungkinan akan dipasang lebih dari 5 batang lampu solar di seluruh DQ bagi menjaga keselamatan pelajar DQ.

 

” Saya mencadangkan untuk menukar lampu yang ada kepada lampu solar, lebih mesra alam ” kata Tuan Sham kepada Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul sangat bersetuju dan menyatakan agar supaya Tuan Sham menghantar ‘proposal’ untuk diteliti semula.

 

Jika berjaya banyak benda kepada tenaga solar, tenaga elektrik juga boleh berkurang sehingga kepada 50%. Ini bermakna andainya sebulan perlu bayar tenaga elektrik untuk lampu adalah RM1 ribu, setelah menggunakan solar, mungkin hanya membayar RM5 ratus sahaja.

 

Dari pihak Perkemat sendiri sangat bersungguh-sungguh untuk memberi kebajikan tahap A – class kepada seluruh pelajar DQ dan termasuk seluruh kakitangan staff DQ. Kerana apabila lampu solar ini berjaya dipasang, bukan hanya pelajar dapat manfaat, kakitangan DQ lain seperti pengawal yang berjaga pada waktu malam juga dapat manfaat ini.

 

Jika anda yang membaca ini berminat untuk mendapat ‘saham pahala’ yang tiada hentinya untuk lampu solar ini, jom saya mengajak anda untuk menyumbang seberapa yang anda mahu.

 

Di sini ada 2 CARA MENYUMBANG :

=====

INGIN BANK IN  ?

=====

Maybank Berhad

162076588010

LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH PERKEMAT DQ

 

Selepas menyumbang, WAJIB MASUKKAN RESIT ke link ini -> billing.perkemat.com/sumbangan

 

Setiap tahun, persatuan kami perlu diaudit. Jadi perlu ada bukti sumbangan dari mana. Sebab itu saya mengharap untuk anda isi borang tersebut.

 

=====

ADA ONLINE BANKING ?

=====

 

  1. Klik sini -> billing.perkemat.com/sumbangan
  2. Pilih jumlah yang anda ingin menyumbang.
  3. Pilih online banking ( senangpay )
  4. Isi tempat kosong.
  5. Klik submit order.

 

SANGAT MUDAH. TAK PERLU COPY PASTE NO AKAUN.  Reply SUDAH MENYUMBANG jika anda sudah menyumbang.

 

 

Mengikut sumber, lampu yang akan dipasang adalah 30 watt, 3,000 lumen ( brighness ), batteri nya boleh bertahan selama 50 ribu jam lamanya dan mempunyai 2 tahun warranti.

 

Nota Kaki :

 

Gambar di bawah sedikit sebanyak kami melawat tapak.

 

Survey Tempat Dq

Sedang memerhati lampu LED yang digunakan

Survey Tempat Dq 3

              Sedang mengira dan membuat anggaran jarak antara lampu

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.